Latihan Kepolisan
Kursus di peringkat ini adalah untuk memperkenalkan pelatih Kor SUKSIS kepada keperluan kerjaya kepolisan, asas latihan fizikal, pengetahuan undang-undang dan pematuhan kepada perintah/arahan pemimpin melalui pergerakan kawad dan seni mempertahankan diri.
Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus KOR SUKSIS bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelatih mengenai kesalahan jenayah dan hukuman mengikut Undang-undang Kanun Keseksaan; Kawad senjata; asas sistem pelaporan polis dan aspek kepimpinan cemerlang;
Kursus di peringkat ini adalah untuk memperkenalkan pelatih Kor SUKSIS tentang nilai disiplin, semangat setiakawan, mematuhi arahan dan perintah, membina ketahanan fizikal dan mental. Kursus ini juga memberi kemahiran dalam pengendalian senjata api serta pengurusan organisasi dan pengucapan awam yang berkesan.
Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus KOR SUKSISsemester 4 yang mana pelatih dapat memahami Undang-undang Kanun Prosedur Jenayah, teknik peyelesaian masalah yang berkesan dan kemahiran dalam mengendalikan senjata, mendapat latihan kawad senjata dan ketahanan diri.
Kursus ini adalah lanjutan dari modul KOR SUKSIS Semester 2 yang meliputi latihan pengacaraan majlis dengan berkesan, pengamalan etiket (tatacara) dan protokol dalam pengendalian majlis. Kursus ini turut memperkenalkan dengan lebih lanjut mengenaiperuntukan-peruntukan dalam Akta Polis 1967 (Akta 344) dan hukuman jenayah dalam Kanun Keseksaan.
Kursus ini menggabungkan semua ilmu dan kemahiran diperolehi sepanjang latihan daripada semester 1 sehingga semester 5. Kursus ini juga menyediakan persediaan kepada pelajar untuk majlis pentauliahan sebagai Pegawai Kor SUKSIS.