Latihan Ketenteraan Udara
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada proses latihan seorang pegawai kadet PALAPES (udara). Topik yang ditekankan semester ini adalah pelan strategik peperangan, ilmu medan perang, baca peta, kawad serta pengendalian senjata Colt M4 5.56 mm. Latihan fizikal melibatkan senaman ringan, senaman ketenteraan, merentas desa dan latihan medan.
Kursus lanjutan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada proses bagi latihan pegawai kadet PALAPES udara. Tajuk-tajuk ditumpukan semester ini termasuklah undang-undang tentera, etika tentera, pengetahuan am perkhidmatan TUDM, kepimpinan tentera, organisasi TUDM, persuratan tentera dan pertolongan cemas. Latihan fizikal termasuklah senaman ringan, senaman ketenteraan, rentas desa, manakala aspek kepimpinan termasuklah keupayaan memimpin, pengucapan awam, pentadbiran semasa pembukaan dan penutupan latihan serta lawatan. Pegawai kadet dikehendaki menghadiri latihan tempatan dan latihan khemah tahunan..
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada proses latihan seorang pegawai kadet PALAPES (udara). Tajuk-tajuk ditekankan pada semester ini termasuklah undang-undang tentera, etika tentera dan sejarah tentera, pengetahuan am perkhidmatan TUDM, persuratan tentera dan kawad kaki. Latihan fizikal melibatkan senaman ringan, senaman ketenteraan, merentas desa dan latihan medan. Aspek kepimpinan menekankan pentadbiran dan persiapan semasa pembukaan dan penutupan latihan. Pegawai kadet dikehendaki menghadiri latihan khemah tahunan pada semester ini.
Kursus lanjutan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada latihan pegawai kadet untuk mencapai tahap seorang pegawai muda dan berupaya untuk mengetuai satu platun. Tajuk-tajuk yang ditumpukan pada semester ini termasuklah ilmu medan perang, pengendalian pistol, kawad, pertahanan pangkalan, latihan fizikal seperti senaman ringan, senaman ketenteraan, merentas desa, ujian kemahiran, kepimpinan dan latihan medan.
Kursus lanjutan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada proses bagi latihan pegawai kadet PALAPES udara. Tajuk-tajuk ditumpukan semester ini termasuklah taktik lanjutan, ilmu medan perang, senjata, baca peta, pertahanan pangkalan, semboyan, dan kawad kaki dan senjata. Latihan fizikal termasuklah senaman ringan, senaman ketenteraan, rentas desa, manakala aspek kepimpinan termasuklah keupayaan memimpin, pengucapan awam serta lawatan.
Kursus lanjutan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada proses latihan seorang pegawai kadet bagi mencapai tahap Leftenan Muda dan berupaya untuk mengetuai satu platun. Tajuk yang diberi penekanan pada semester ini adalah undang-undang tentera, organisasi TUDM, etika tentera, kuasa udara, persuratan tentera, kawad, latihan fizikal seperti senaman ringan, rentas desa, kuiz dan latihan medan. Pelajar dikehendaki mengikuti khemah tahunan dalam kedua-dua fasa kem dan fasa medan.