Latihan Ketenteraan Darat
Kursus ini adalah pengenalan untuk menyediakan pelajar dari segi pembinaan fizikal mental, disiplin kawad dan ilmu asas mengenai senjata dalam tentera. Pelajar akan menjalani latihan senaman dan kawad, mempelajari tentang senjata, sejarah ketenteraan dan pertolongan cemas.
Dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari tentang kemahiran taktik peperangan meliputi defensive & Ofensif, individual military appreciation process (IMAP). Pelajar diperlukan untuk membuat pembentangan berkiatan dengan IMAP yang telah dibuat sendiri. Pelajar masih lagi diuji kecergasan fizikal, baca peta, semboyan dan pertolongan cemas.
Kursus akan menambahkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tentang ilmu medan perang, baca peta dan semboyan. Pelajar akan lebih mendalami aspek praktikal tentang senjata dalam tentera.
Kursus akan menyediakan pelajar untuk menjadi pegawai tentera yang memahami tentang pengurusan ketenteraan seperti pentadbiran, mengurus kewangan, melaksanakan kaedah mengajar, teknik psikologi, pengursan logistic dan undang – undang tentera. Pelajar masih lagi diuji dengan kecergasan fizikal, kawad, pengendalian senjata dan ilmu medan perang.
Kursus akan membawa pelajar mendalami ilmu berkaitan dengan kemahiran taktik dalam peperangan meliputi formasi seksyen, platun, musuh dan Counter Insurgency Warfare (CIW) dan mengenali organisasi dalam tentera.
Kursus menyediakan pelajar untuk pentauliahan sebagai pegawai dalam tentera. Mereka akan memepalajari tentang kawad kaki, senjata, pedang dan pentauliahan. Pelajar juga belajar semula tentang Undang-undang tentera supaya memudahkan mereka memilih kerjaya sebagai pegawai tetap dalam tentera.